Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 11 May 2013

Politik Ekstremis... Anwar Perancangnya!

Politik ekstremis dan pecah belah yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 didakwa berpunca daripada didikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya menjadi Perdana Menteri.
 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sejak awal lagi Anwar telah menggunakan politik pecah dan perintah bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan pada masa sama mendidik politik ekstremis dalam kalangan kaum Cina.

Menurutnya, politik ekstremis dipertanggungjawabkan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar masyarakat Cina menyokong DAP.

"Sesetengah pihak berkata, kebangkitan DAP berpunca daripada 'tsunami Cina' tetapi hasil kajian saya ia merupakan kesan daripada didikan Anwar yang memecahbelahkan Melayu dan menanam sikap ekstremis dalam kalangan Cina untuk menyokong pembangkang.

"Saya pasti Anwar tahu kesan jangka masa panjang politik jahat itu boleh menggugat keharmonian negara, tetapi dia tidak mengendahkannya kerana lebih mementingkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya semasa melawat projek penurapan jalan kampung di sini hari ini.

Mohd. Puad memberitahu, tindakan Anwar mengadakan perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor malam tadi juga merupakan usaha terdesak beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, tindakan Anwar memperkenalkan slogan 'tipu, tipu, tipu' dan akan mengadakan jelajah ke seluruh negara membuktikan beliau sedang menipu rakyat.

"Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, Anwar cakap hendak menjadi pensyarah jika kalah, jadi kenapa sekarang mahu menjelajah ke seluruh negara dan burukkan kerajaan, hal ini kerana beliau semakin terdesak atau kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.

"Kalau pilihan raya Ahad lalu dikatakan tipu, kenapa pula saya kalah kepada calon PKR di Parlimen Batu Pahat, ikutkan hati saya juga tidak mahu kalah, tetapi inilah ketelusan dan hak demokrasi rakyat yang Anwar harus terima," katanya.

Menurutnya, Anwar kelihatan terlalu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri kerana ingin menyembunyikan segala rahsia jahatnya daripada diketahui umum.

"Beliau semakin terdesak untuk mengurangkan tekanan dan sebab itu juga, Anwar berhasrat mengadakan jelajah memburukkan kerajaan kerana mungkin mahu menggulingkan kerajaan," katanya.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...