Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor
menyifatkan api perkauman yang melanda negara hari ini berpunca daripada
permainan politik terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda PKR dahulu, Anwar
pernah mengarahkannya supaya menarik undi masyarakat Cina semaksimum
mungkin kerana menyedari tidak mampu mendapatkan sokongan penuh orang
Melayu.
Tambah Ezam, beliau diminta memberi harapan palsu kepada pengundi Cina serta menyelar dasar-dasar yang pro-Melayu.
Berikut kenyataan penuh Ezam:
1). Api perkauman yang melanda negara hari ini bermula daripada
permainan politik terdesak Anwar yang bermain politik melampaui batas.
2). Saya pernah ingatkan rakyat tentang hal ini semasa menyatakan sebab-sebab utama saya tinggalkan Anwar hampir 10 tahun lalu.
3). Saya telah nyatakan bagaimana Anwar meminta saya sebagai Ketua
Pemuda PKR pada masa itu untuk tumpu tarik undi Cina secara maksimum
kerana sedar beliau tidak akan mampu mendapat sokongan maksimum orang
Melayu kerana masalah moral yang melandanya.
4). Untuk mendapat undi maksimum Cina, saya diminta memberi harapan palsu kepada mereka dan menyelar dasar-dasar pro-Melayu.
5). Saya tidak sanggup melakukan perbuatan yang jelas hanya satu
taktik politik kotor untuk menarik undi maksimum satu kaum dengan
menghina bangsa saya sendiri.
6). Anwar meneruskan taktik politik jahat ini dan selepas hampir 10
tahun, hari ini kita saksikan sikap perkauman negatif yang melanda
negara hasil taktik jahat dan adu domba Anwar.
7). Saya ingin sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya
sedar bahaya ini timbul kerana ada pemimpin seperti Anwar yang rakus
dan kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun
termasuk menghina dasar bangsa sendiri untuk mendapatkan undi maksimum
bangsa lain.
8). Kerana nafsu serakah inilah negara hari ini menanggung bahana api
perkauman yang sengaja dirancang untuk hanya mencapai kegilaan menjadi
perdana menteri.
9). Manusia ini jugalah yang menjual akidah dengan fahaman pluralisme
dan liberalisme beliau serta sikap pro-murtad bersama anaknya, malah dia
juga dalang menggadai kalimah Allah.
10). Sekiranya kita memahami permainan kotornya ini, wajib kita
memeranginya atas nama agama, bangsa dan negara. Anwar adalah punca
keruntuhan tamadun negara ini dengan politik melampaui batas yang
diamalkan.
11). Bagi orang Cina saya menasihatkan bahawa Anwar tidak jujur dalam
memperjuangkan hak mereka. Ia hanya untuk mendapatkan undi maksimum Cina
bagi mengimbangi Melayu yang tidak boleh menerima seorang Perdana
Menteri yang berkelakuan songsang.
12). Lihatlah rekod Anwar semasa berkuasa dahulu. Apakah dia membela
hak-hak Cina? Jangan jadi mangsa manusia pembohong dan rakus kuasa ini.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...