Darahsatriadotcom

Followers

Monday 27 May 2013

PR : Janji Tinggal Janji!

Ternyata slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus yang dilaung-laungkan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik semata-mata.

Meskipun sudah lebih lima tahun mentadbir negeri ini, pembangkang dilihat masih gagal memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dikehendaki rakyat.

Di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, penduduk yang menetap di di Lintang Sembilang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan dengan baik.


Salah seorang penduduk, S.R. Paul Raj, 46, berkata, kegagalan tersebut menyebabkan kira-kira 500 penduduk di Lintang Sembilang berhadapan risiko ancaman binatang berbisa dan demam denggi.

"Sistem perparitan sepanjang 300 meter ini terletak di belakang rumah penduduk dan apabila ia tidak diselenggara dengan baik, parit menjadi kotor dan dipenuhi sampah sarap.

"Apa yang membimbangkan kami adalah sejak parit tidak dibersihkan, kebanyakan rumah penduduk kerap dimasuki ular dan pernah satu ketika haiwan peliharaan seperti kucing turut menjadi mangsa ular berkenaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...