Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 26 May 2013

Terkini : Anwar Ibrahim Ingkar Perjanjian Damai!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.

"Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak," jelas Jusuf.

WSJ melaporkan, Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut dua bulan lalu dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut - iaitu kedua-dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya - dibuat kemudian pada April lalu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...