Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 18 June 2013

Cahaya Hujung Terowong?

UMNO berharap Pas membuka ruang untuk kedua-dua parti itu mengadakan perbincangan berhubung agenda perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO telah menghulurkan salam perpaduan kepada Pas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Menurut beliau, melihat kepada keputusan PRU-13, seruan agar orang Melayu bersatu seharusnya disambut secara positif oleh kedua-dua parti terbabit.

"Harapan kita ada cahaya di hujung terowong untuk menyelesaikan segala perbalahan sesama orang Melayu. Kita harap Pas dan UMNO boleh berbincang.

"Kalau kita bertanya kepada pemimpin-pemimpin Pas, saya tidak tahu. Mungkin ada pemimpin mereka yang setuju, ada yang tidak," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Forum Rakyat: Melayu Islam Bersatu? anjuran Sahabat Ulul Amri di sini malam tadi.

Dua pembentang pada forum berkenaan ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Islam (Gabungan), Prof. Dr. Zahalan Man manakala Pengerusi Sahabat Ulul Amri, Naseron Ismail sebagai moderator.

Ahmad menambah, kaum-kaum lain tidak perlu bimbang dengan agenda perpaduan Melayu kerana tujuannya adalah untuk memperkasakan bangsa dalam pelbagai bidang termasuk politik dan ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...