Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 13 June 2013

DAP Pulau Pinang Eksploitasi Melayu, India?

Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui akhbar terbitannya, Buletin Mutiara didakwa cuba menggambarkan mereka sebagai kerajaan prihatin terhadap semua kaum dengan mengeksploitasi warga emas kaum Melayu dan India yang menerima bantuan tahunan RM100.
 
Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, penyiaran gambar yang menunjukkan warga emas kaum berkenaan yang kelihatan sangat gembira kerana menerima bantuan berkenaan hanyalah sandiwara semata-mata.

"Saya melihat Ketua Menteri, Lim Guan Eng melalui akhbar Buletin Mutiara cuma memberikan gambaran kononnya DAP menjaga kebajikan orang Melayu dan India sedangkan hakikat sebenar bukan begitu.

"Jika dihitung, dengan wang sebanyak RM100 setahun, berapa sen yang dapat digunakan sehari oleh warga emas untuk menampung perbelanjaan mereka?"

Beliau mengulas muka depan terbitan terbaharu Buletin Mutiara yang menyiarkan laporan tentang keputusan kerajaan negeri meneruskan pemberian bantuan berkenaan sambil memaparkan gambar warga emas kaum Melayu dan India memegang duit RM100 dalam keadaan sangat gembira.

Menurut Aminah, beliau percaya tindakan berkenaan dilakukan semata-mata untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi syarat mendapatkan bantuan berkenaan juga menyusahkan apabila warga emas terpaksa mendaftar terlebih dahulu.

"Saya juga kasihan melihat warga emas berkenaan dipergunakan. Bagi RM100 setahun tetapi mereka canangkan dengan gahnya.

"Sekiranya benar-benar ikhlas, semua itu tidak perlu. Bagi bantuan kematian pula, hanya diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mesti mendaftar terlebih dahulu," katanya.

Jelas Aminah, dalam konteks memberikan bantuan, kerajaan Pusat secara konsisten telah melakukannya sejak dahulu lagi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Jumlah yang diberi JKM lebih banyak dan secara bulanan, malah tidak memilih bulu apabila semua kaum akan menerimanya sekiranya mereka memerlukan. Bahkan, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit setahun untuk menyalurkan bantuan ini kepada rakyat. 

"Kalau hendak dikira bantuan, kerajaan Pusat telah melakukan yang terbaik bermula daripada bayi berada dalam perut ibu lagi tetapi tidak dicanang seperti mana kerajaan DAP Pulau Pinang buat.

"Mereka sangat bermegah-megah dengan bantuan kecil sedangkan masalah asas rakyat negeri ini seperti harga rumah yang melambung tinggi masih tidak diselesaikan," katanya.
Secara sinis, Aminah bertanya adakah hanya itu kemampuan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjaga kebajikan rakyat selepas memasuki tahun keenam diberi mandat mentadbir negeri ini?

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...