DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai
kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun
lalu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP
mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.
Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi
berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini
melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).
Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf,
baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap
tidak lebih daripada kucing kurap," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata,
pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap
kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.
Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi
tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu
penyelewengan.
Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa
wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis
kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam
pemilihan tersebut.
Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy
berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan
bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.
Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya
dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli
DAP sendiri," katanya.
Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana
perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau
dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...