Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 8 June 2013

Transformasi Atau Transforbasi?

Generasi muda perlu diberi peluang seluas-luasnya untuk bertanding di peringkat pemilihan cawangan dan bahagian demi kelangsungan perjuangan parti UMNO, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, UMNO perlu melalui satu proses transformasi untuk menjadikan ia sebuah parti yang lebih inklusif.

"UMNO di peringkat cawangan akan lalui mesyuarat masing-masing bulan depan, saya harap dalam pemilihan kali ini ada kesedaran dalam kalangan pemimpin UMNO untuk memberi peluang kepada anak-anak muda dan anggotah baharu untuk bertanding," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di sini hari ini.

Mengenai cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini, Hishammuddin menyokong seratus peratus apa jua pendekatan yang dilakukan bagi memastikan UMNO terus kuat.

"Daripada peringkat atas saya percaya akhirnya perwakilan kita menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin sama ada ia akan bawa manfaat kepada parti atau tidak.

"Sekiranya itu merupakan asas kepada usaha bahawa jawatan tertentu tak ditandingi dan itu menyebabkan parti (UMNO) terus kuat, saya menyokong apa jua bagi melihat parti UMNO terus berada di hadapan," katanya.

2 comments:

  1. Tuan Darah,

    Isu meremajakan kepimpinan umno ni dah diperkatan sejak sekian lama. selagi semua lapisan khasnya pemimpin sekadar melepas batok ditangga isu ni tak akan ke mana. Ditambah dgn sikap nak ampubodek disamping menjaga kepentingan masing2, lagi menyuramkan masa depan umno. syor tiada pertandingan adalah kesilapan besar krn ia memberi isyarat salah kpd pengundi. Pecayalah antara mesej pengundi pru13 mrk nak tengok umno lebih terbuka dan demokratik. bukan pemimpinn yg sekat pertandingan demi perot masing2! itulah persepsinya!

    ReplyDelete
  2. pemimpin umno tak belajar2 lagi...pengundi khasnya generasi muda mahu lihat agenda umno yg memenuhi citarasa mereka. pemimpin cakap berbelit2 tak meyakinkan mereka. contohnya, isu tiada pertandingan setuju ke tak dan apa rasionalnya? tak abis2 nak main politik kondom (playsafe/main selamat)!

    ReplyDelete

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...