Darahsatriadotcom

Followers

Friday 5 July 2013

Bila Pembangkang Melatah!

Pembangkang diingatkan supaya tidak cepat melatah seperti 'cacing kepanasan' berhubung pendedahan yang dilakukan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pembangkang sepatutnya menunggu hasil siasatan sama ada dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki 20 akaun bank di luar negara itu benar atau sebaliknya.

"Saya harap semua pihak jangan jadi seperti cacing kepanasan. Kalau kena kepada kita (pembangkang), kita melompat, kita melatah.

"Anwar sepatutnya jawab kerana tuduhan itu ditujukan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Shahidan mengulas kekecohan yang berlaku pada persidangan Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen pembangkang membantah pendedahan Teck Meng.

Antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menggesa supaya Teck Meng dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen jika gagal mengemukakan bukti mengenai dakwaannya.

Semalam, Teck Meng membuat pendedahan berhubung dakwaan Anwar mempunyai 20 akaun di luar negara dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SG49 juta (RM123 juta).

Beliau berkata, 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China dan kesemua maklumat itu diperoleh daripada internet seperti didedahkan oleh WikiLeaks.

Kata beliau, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...