''Itu bukan pembohongan tetapi itulah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pimpinan DAP untuk menutup kesilapan mereka!
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang
Paroi, David Dass berhubung wujudnya isu mencantas cawangan yang
bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara
pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.
Malah, katanya, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila
ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
''Saya sendiri menjadi mangsa apabila tidak menerima jemputan
menghadiri AGM cawangan sendiri baru-baru ini. Selain saya, beberapa
pemimpin DAP cawangan Ladang Regent dan Taman Tuanku Jaafar turut
menerima nasib sama," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis
pula mendakwa, dia kecewa kerana tidak menerima sebarang notis daripada
ibu pejabat sehingga tarikh akhir mengadakan AGM sehingga hari ini.
Hal ini kerana, katanya, berdasarkan kepada perlembagaan parti,
setiap cawangan perlu diberi notis tujuh hari bagi mengadakan AGM, namun
mereka langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan mengenai perkara itu.
''Kami yakin ini adalah taktik DAP untuk mengetepikan atau 'mencantas' cawangan yang lantang bersuara," katanya.
Perkara berkenaan turut dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi DAP
Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegar yang melihat tindakan berkenaan,
sekali gus menafikan hak ahli serta pemimpin cawangan itu dalam parti.
"Tiada alasan kami tidak diberikan sebarang notis kerana kami adalah
ahli serta cawangan yang sah dan mempunyai Sijil A iaitu cawangan
membayar yuran tahunan dan layak mengadakan AGM.
"Malah, jika kami dipecat daripada parti sekali pun, kami perlu
diberi notis pemecatan dan diberi ruang selama 14 hari untuk memberi
penjelasan kepada jawatankuasa tatatertib parti," dakwanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...