Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 9 July 2013

DAP Bakal Mengamuk!

Empat perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk yang membabitkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan terbuka kepada pertikaian sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua lagi perkara itu adalah berkenaan kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan secara keseluruhannya, 'pihak berkenaan' berhak untuk sentuh empat perkara ini yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang mahu sentuh perkara-perkara ini. Mereka yang sentuh salah satu daripada empat perkara ini akan dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 seperti sedia ada," katanya.

Ahmad Zahid menyatakan Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana merupakan benteng utama dalam mengekang perbuatan 'menghalalkan' fitnah, tohmahan serta pelbagai bentuk hasutan. Dalam pada itu, Ahmad Zahid menjelaskan, Jemaah Menteri tidak berniat untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 tetapi mahu meminda akta tersebut.

"Akta Hasutan ini harus dikekalkan dan Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja. Kabinet mahu meminda dan bukan mahu menghapuskannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, tiga menteri yang terdiri daripada beliau serta dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Paul Low dan Nancy Shukri dijangka berbincang mengenai draf undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) yang dimansuhkan pada 2011.

Beliau berkata, draf tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen pada September ini selepas mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri.

"Kita sedang mendapatkan input daripada pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Majlis Peguam dan pembangkang tidak menyokong, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa polis perlu diberi kuasa yang mencukupi untuk melakukan pendakwaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...