Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 13 July 2013

DAP Makin Melampau... PAS dan UMNO Diam Sahaja!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr. Ko Chung Sen sebagai biadab kerana menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTA).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan Chung Sen itu melampau kerana tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai simbol negara yang menjaga kepentingan Islam.

Beliau berkata, gesaan itu juga menunjukkan pemimpin DAP berkenaan tidak menghormati kepentingan ilmu.


"Kenyataannya jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan biadab dari segi konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"DAP makin melampau dan malangnya Pas dan UMNO diam sahaja. Saya menggesa Kementerian Pendidikan bertegas mempertahankan subjek itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chung Sen dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini membuat gesaan itu dan mempersoal bagaimana subjek Tamadun Islam boleh membantu pelajar jurusan perubatan, kejuruteraan atau undang-undang.

Beliau juga mendakwa tiada universiti terkemuka di dunia yang memasukkan subjek berkaitan agama sebagai subjek wajib di institusi masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...