Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 6 August 2013

Naklakaruppan Bakal Telanjangkan Anwar!

Peguam, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.

Tambahnya, anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk ‘menceritakan kisahnya’ di mahkamah.

“Bagaimanapun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Nallakaruppan memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 21 Januari lalu berpendirian, tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Pada 19 Jun tahun lalu, Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak pembelaan Nallakaruppan turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos kepada Anwar yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Anwar memohon agar pembelaan Nallakaruppan dibatalkan setelah bekas rakan permainan tenis beliau itu gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaan terhadapnya.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nallakaruppan mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya dalam satu majlis bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Butiran itu dimohon oleh Anwar dalam samannya terhadap Nallakaruppan bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berikutan penerbitan artikel bertajuk ‘Anwar Terima RM60 juta’ yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, lima tahun lalu.

Nallakaruppan didakwa menyatakan: “Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri" ketika berucap dalam satu majlis anjuran Pemuda UMNO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008.

Bagaimanapun, Anwar mendakwa Nallakaruppan membuat tuduhan palsu berhubung penerimaan wang tersebut manakala Nallakaruppan dalam kenyataan pembelaannya pula mendakwa, Anwar memang menerima wang itu daripada orang tengah.

Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.

Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...