Darahsatriadotcom

Followers

Friday 23 August 2013

Anwar Sertai Semula UMNO?

Penulis blog Al-Azhari Siddiq (www.al- azharrisiddiq.com) mendakwa telah bertemu dengan beberapa ahli Parlimen UMNO dan terkejut kerana ada kalangan mereka melihat kemasukan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Barisan Nasional (BN) sebagai sesuatu yang positif.

Katanya, antara alasan yang ahli Parlimen berkenaan berikan ialah kemasukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kerajaan akan menambah kekuatan BN di dalam Parlimen. 

Ia bertolak daripada kenyataan Anwar kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa beliau untuk bergabung dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan. Bagaimanapun ia kemudian dinafikan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tegas blog ini, Anwar harus akui bahawa tempatnya di dalam UMNO terlalu sukar dan pintu masuk kepadanya bagaikan lubang jarum.

“Walaupun terdapat ahli Parlimen UMNO yang bersetuju beliau menyertai BN, namun ahli-ahli UMNO belum dapat menerimanya lantaran kebobrokan dan kerosakan yang amat besar telah berlaku ke atas umat Islam dan orang Melayu akibat dasar-dasar liberalisme, pluralisme dan kesamarataan yang diamalkannya.

“Sesungguhnya, Anwar telah mengakui kenyataan Lee Kuan Yew bahawa pembangkang di Malaysia tidak akan mampu merampas kerajaan Persekutuan, lantaran itulah, Anwar bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya kepada Najib, termasuklah usahanya di negara jiran."

“Barangkali sudah sampai masanya Anwar bercakap tentang janji persaraannya dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Washington DC," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...