Darahsatriadotcom

Followers

Saturday, 24 August 2013

Pembangkang Bela Penjenayah!

Pembangkang pembela penjenayah! Itulah kesimpulan yang dibuat beberapa penulis blog ekoran kenyataan terbuka beberapa pemimpin pembangkang khususnya DAP yang mempersoalkan tindakan pihak polis menembak mati lima penjenayah dalam kejadian tembak menembak di Pulau Pinang awal minggu ini.

Blog The Flying Kick (theflyingkick.blogspot.com) misalnya, menempelak Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mempersoalkan bagaimanapun pihak polis tahu bahawa kelima-lima mereka yang ditembak itu adalah anggota Gang 04.

“Reaksi yang ditunjukkan oleh Lip Eng itu bukanlah sesuatu yang menghairankan, memandangkan pembelaan ke atas penjenayah merupakan inti pati utama perjuangan DAP dan pakatan pembangkang," katanya.
House PK (parpukari.blogspot.com) berkata, cara pemimpin pembangkang mempertahankan penjenayah berat amat mencurigakan.

“Sebab sudah lama diperhatikan, bila ada orang awam mati ditembak (penjenayah) mereka senyap dan kata polis tak buat kerja. Tapi bila penjenayah mati (ditembak polis) saja maka akan menggelupurlah seluruh pakatan (pembangkang). 

“Aku menjadi semakin musykil. Apa kamu semua wahai rakyat Malaysia tak nampakkah semua ni? Mereka secara terang-terangan menyebelahi penjenayah!" katanya.

Duke of UMNO (dukeofumno.blogspot. com) pula hairan dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima dari DAP yang tampil mempertahankan kelima-lima penjenayah yang ditembak polis seolah- olah beliau tahu mereka tidak bersalah.

“Apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan polis? 

“Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu menguatkuasakan undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai terhadap polis. 

“Malangnya, wakil rakyat ini “melompat dan menyergah" begitu awal menyalahkan polis. Apakah makna tindakan beliau ini?" persoal blog ini.

Perak Today (peraktoday.net) juga mempersoal tindakan DAP yang sentiasa terbabit dalam sebarang usaha PDRM mencegah dan memerangi jenayah sedangkan pada masa yang sama mereka mendabik dada konon merekalah parti yang memperjuangkan keamanan.

“Sudah ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan melakukan perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan itu. 

“DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ) yang sebelum ini ditolak oleh PDRM. DAP akan menjadikan kes tersebut sebagai salah laku dan salah guna kuasa serta senjata oleh polis," katanya.

Anak Seberang (panggungopera.blogspot. com) turut merasa pelik dengan sikap DAP yang cuba menjadi wira kepada kelima-lima penjenayah terbabit dengan menggesa ahli keluarga penjenayah terbabit berhimpun dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pihak polis.

Blog ini mendakwa, ada pemimpin parti itu membantu membuat draf laporan polis dengan mendakwa polis bertindak kejam di samping menyeru orang ramai mengiringi mayat penjenayah terbabit dan menjadikan mereka sebagai wira serta menggesa NGO lain termasuk Majlis Peguam, Suhakam dan Hindraf mengutuk polis.

“Apa ini? Ini Malaysia-lah. Kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yang dapat undi daripada penjenayah dan pembunuh. 

“Sama-samalah berganding bahu dengan pasukan keselamatan untuk menjaga negara. Bukannya membela anjing kamu untuk menggigit polis dan rakyat yang tidak berdosa. Ahli politik macam ini adalah bapa segala kejahatan sebenarnya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...