Darahsatriadotcom

Followers

Sunday, 2 June 2013

Anwarinas Rosakkan Politik PAS...

Apabila Pas membuat keputusan untuk komited dalam kerjasama bagi memburu kuasa politik bersama pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, penulis tidak melihat ia satu keuntungan kepada perjuangan Pas. Malah dalam hampir setiap artikel, penulis sering mengingatkan Pas bahawa mereka akan menjadi parti yang paling rugi di muka bumi Allah ini.

Dan ternyata telahan penulis itu benar, apabila dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pencapaian Pas jauh merosot berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Pada 2008, Pas boleh mendabik dada apabila bukan sahaja mempertahankan Kelantan tetapi juga menguasai Kedah. Di kerusi Parlimen pula Pas berjaya memenangi 31 kerusi. Tetapi kejayaan itu tidak kekal lama, sikap Pas yang sering sahaja menafikan bahawa mereka hanya 'pak turut' dalam pakatan pembangkang dan semakin meminggirkan suara golongan ulama akhirnya membawa padah. Pas hanya terus bertahan di Kelantan tetapi terlepas Kedah dan kehilangan 10 kerusi Parlimen.

Anwar Semakin Keliru!

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan jumlah dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Menurutnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.

Selain itu katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, iaitu daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi.

Pakatan Pembangkang Meroyan!

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Video : Anwar Pasti Naik Angin!


Saturday, 1 June 2013

Anwar Yang Mungkir Janji!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata seorang saksi pertemuan yang diadakan oleh orang tengah dari Indonesia dengan kedua-dua pemimpin itu.

Hamid Awaludin, bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".

Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".

Pembangkang Ambil Kesempatan...

Sikap pembangkang yang mempolitikkan tragedi bot ekspres karam di Belaga dekat sini, menunjukkan mereka tidak sensitif dan 'gila kuasa'.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya tidak mengambil kesempatan daripada kejadian itu sebaliknya turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa serta keluarga nahas berkenaan.

Lahad Datu 2.0?

Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.

Pendedahan : Tsunami Cina Tidak Berlaku Secara Kebetulan!

Kecenderungan pengundi Cina terutama di bandar-bandar mengundi DAP dan menolak MCA dan Gerakan tidak berlaku secara kebetulan. Slogan Ini Kalilah atau UBAH yang ditiupkan oleh Anwar Ibrahim memberi kesan kepada mereka untuk memenangkan calon DAP untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Malangnya, BN yang didukung oleh UMNO tidak tumbang. Anwar tidak bernasib baik, gagal ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri dan Lim Kit Siang tidak berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagi UMNO kuasa politik adalah terlalu penting kepada orang Melayu. Bagi orang Cina kuasa ekonomi dan kewangan sudah dimiliki lama. Kuasa pendidikan, budaya dan sosial sedang berkembang subur ikut pola kecinaan. Bayangkan, kalau kuasa politik juga didominasi oleh orang Cina itulah pangkalan terakhir bagi orang Melayu. MCA-Gerakan-MIC dan lain-lain parti komponen BN amat memahami hakikat perkongsian kuasa dengan UMNO.

Penasihat DAP Bakal Hadapi Tekanan!

MCA Bahagian Gelang Patah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan negeri yang dipegang ahlinya termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa serta-merta.

Sehubungan itu, Ketuanya, Jason Teoh Sew Hock berkata, penduduk Gelang Patah perlu mengemukakan sebarang aduan atau permasalahan mereka kepada Ahli Parlimen baharu kawasan itu yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Friday, 31 May 2013

Karier Politik Lim Guan Eng Bakal Berakhir?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada umum bagi membuktikan beliau tidak berbohong dan tidak pernah memanipulasi surat bertarikh 17 April 2013 itu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sekiranya cabarannya tidak disahut, itu membuktikan Guan Eng berdusta dalam isu surat tersebut semata-mata mahu meraih simpati rakyat.

Ujarnya, beliau sendiri membaca surat ROS kepada DAP itu dan di dalam surat berkenaan, langsung tidak dinyatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran DAP serta melarang penggunaan logonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...