Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 15 October 2013

Transformasi UMNO, Semangat Aidiladha...

Setiap Muslim yang mengerjakan ibadat haji akan melakukan ibadat korban sebagai usaha bertaqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Bertaqarrub turut dilakukan oleh Muslimin di seluruh dunia sebagai ibadat sunat bagi setiap orang yang waras dan berkemampuan.

Baginda Rasulullah SAW menegaskan, orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini.

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" Jawab Rasullullah SAW: "Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim." Sahabat itu bertanya lagi: ''Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" Jelas Baginda: "Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)."

Menurut Iman Syafei, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).

Sunday, 13 October 2013

PAS Tempelak DAP Bersifat Rasis!

Ahli Pas cawangan Taman Selasih, Kulim, Kedah, Wan Johori Wan Omar hari ini menempelak DAP kerana didakwa bersifat rasis apabila tiada calon benar-benar Melayu menang dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu selain bertindak biadap menyerang Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang majoriti kakitangannya orang Melayu.

Berikut kenyataan penuh Wan Johori:

Ekoran pemilihan semula CEC, ternyata DAP adalah parti rasis dan anti-Melayu. Keputusan pemilihan semula September 2013 sama dengan keputusan Disember 2012, tiada calon Melayu yang menang, semua calon Melayu kalah.

Nampak sangat kepimpinan DAP tolak orang Melayu. Zharil Khir Johari dilaporkan bukan Melayu, ibubapanya keturunan Cina. Lim Guan Eng jangan anggap boleh perbodohkan orang Pas. Guan Eng boleh perbodohkan kaum Cina dengan begitu senang tetapi kita orang Pas tak bodoh.

Saturday, 12 October 2013

Semoga Keputusan Kalimah Allah Berpihak Kepada Umat Islam!

Dalam kerancakan ahli-ahli UMNO memilih barisan kepimpinan baharu untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, jangan dilupakan peristiwa penting yang akan dilakar pada Isnin ini.

Keputusan penting yang kita tunggu-tunggu tentang kes penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Katolik, The Herald akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini.

Keputusan kes ini diharap memihak kepada umat Islam supaya ia tidak dijadikan kes rujukan untuk tuntutan-tuntutan lain yang bersangkutan dengan agama Islam selepas ini. Malah diminta dijauhkan Allah juga daripada niat pihak tertentu untuk menggugat dan mencabar perkara berkaitan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan lain-lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Wednesday, 9 October 2013

Pemilihan UMNO Paling Berwibawa...

Beberapa bulan ini, apabila membaca berkaitan UMNO, saya sebagai ahli akar umbi UMNO, dan saya percaya seluruh ahli parti, berasa bangga. Perkembangan mutakhir menonjolkan inilah parti paling terbuka. Kita akan membuat pilihan ke atas lebih 33,200 calon di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan sayap parti.

Tiada sistem kouta, tiada halangan dan siapa pun boleh bertanding, walaupun untuk mencabar presiden dan timbalan presiden. Kita berbangga kerana kematangan ahli tidak mencabar presiden dan timbalan presiden walaupun peluang memang luas terbuka. Kita berbangga dengan kesedaran yang amat tinggi ini.

Perhatian ramai orang tertumpu kepada pemilihan parti. Ini bakal dicatat dalam sejarah sebagai pemilihan paling berwibawa, dengan peraturan-peraturan yang diterima baik setiap ahli.

Tuesday, 8 October 2013

Memahami Sikap Prejudis Cina Terhadap Melayu!

Sampai hari ini, sesetengah orang Cina masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. 

Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. 


Premis prejudis ini ialah kepercayaan bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih superior, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera. 

Kejayaan orang Melayu-Bumiputera turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu-Bumiputera, walaupun ia tulen dan dicapai menerusi kerja keras. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat. 

Ini pandangan Ye Lin-Sheng, ahli perniagaan tempatan yang mempunyai syarikat di Malaysia, Hong Kong dan Australia dan berpengalaman berniaga di China, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu bapanya migran dari China pada 1931, manakala beliau berkelulusan jurutera dan pernah pelajar di sekolah mubaligh Kristian. 

Monday, 7 October 2013

Perancangan Ekonomi Perlu Dilindungi Semangat Perlembagaan!

Malaysia perlu mempunyai perancangan ekonomi yang dilindungi semangat Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin perkongsian kekayaan dan kemakmuran semua pihak sehingga ke generasi akan datang.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, justeru beliau mencadangkan Pelan Tindakan Ekonomi Amanah Negara (Pelan Amanah) sebagai pelan perancangan untuk mewujudkan model ekonomi yang menjamin pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia serta memberi perlindungan saksama kepada setiap lapisan rakyat.

“Pelan Amanah mempromosikan integrasi ekonomi di peringkat antarabangsa dan serantau sebagai polisi pertumbuhan untuk meluaskan pasaran dan kerjasama merentasi sempadan tanpa mengetepikan kepentingan negara.

“Formulasi dan pelaksanaan Pelan Amanah mesti berada dalam lingkungan dan konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang mewakili kontrak sosial antara rakyat di negara ini," katanya.

Friday, 4 October 2013

Lagi Sikap DAP Dipersoalkan!

Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.
 
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri. 

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan' Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu. 

Thursday, 3 October 2013

'Bersarakan' Golongan Duri Dalam UMNO!

Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.

Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin - cawangan, bahagian dan pusat.

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.

Tuesday, 1 October 2013

Jangan Gadaikan Maruah Bangsa!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah petualang negara yang telah berjuang dan berazam untuk menjadikan tanah air yang dikasihi ini sebagai sebuah negara komunis.
 
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Malaysia agar mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaik-baiknya dan jangan kerana ingin mendapatkan sokongan dan populariti sanggup menggadaikan maruah bangsa dan tanah air sendiri.

"Sejarah telah menunjukkan bahawa semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara kita ini daripada menjadi negara komunis, kerajaan telah banyak mengeluarkan belanja bagi menghalang tujuan tersebut. 

Monday, 30 September 2013

Gelanggang Orang Lama, Orang Muda, Muka Baharu...

Memang meriah suasana pada ‘hari penamaan calon’ pemilihan UMNO yang berlangsung Sabtu lalu. Setakat ini sudah nampak tanda-tanda saingan sengit dijangka berlaku termasuk di peringkat bahagian berikutan ramai yang menawarkan diri. Jelaslah berlaku penawaran diri beramai-ramai untuk bertanding yang memperlihatkan proses demokrasi dalam UMNO yang cuba disegarkan mendapat perhatian anggota UMNO. Mereka berani mencuba untuk melakukan perubahan walaupun kemungkinan ada sesetengahnya sekadar mahu ‘memperkenalkan diri’ sebelum berada pada arus perdana perjuangan parti. 

Begitu juga dengan Majlis Tertinggi (MT) yang menampilkan enam calon untuk jawatan naib presiden yang menggabungkan tiga menteri Kabinet (penyandang), menteri besar, bekas ketua menteri dan bekas menteri besar. Sebanyak 64 calon MT yang menawarkan diri turut menarik perhatian ramai. Calon-calon ini menampilkan orang lama, orang muda dan muka baharu, barisan Kabinet dan di luar Kabinet. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang atau profesion termasuk pengamal undang-undang, ahli akademik dan tokoh agama. Adunan pelbagai latar belakang pemimpin serta gandingan orang lama, orang muda dan muka baharu ini amat penting.

Jika dilihat jumlah calon di peringkat MT, mungkin ia boleh dianggap tidak begitu ramai kerana berdasarkan sistem yang diperkenalkan tahun ini, sesiapa juga anggota UMNO yang pernah menganggotai jawatankuasa bahagian selama sepenggal layak menawarkan diri untuk jawatan MT. Jumlah 64 orang bolehlah dianggap kecil kerana pada kali ini, pencalonan tidak memerlukan kuota seperti amalan pemilihan pada masa lalu. Kenapa? Adakah ramai yang tidak berminat? Kurangkah mereka yang mempunyai semangat untuk memimpin? Mungkinkah mereka menjangka hanya yang ‘ada nama dan kedudukan’ sahaja bakal dipilih? Sebelum ini, ada yang mahu bertanding tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana gagal memperoleh pencalonan yang mencukupi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...