Wartawan
tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi
manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta
hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati. Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia
berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.
Tulisan
Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan
rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha
membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.
Harry
Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri
Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka
ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara
masing-masing.
Roque
juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana
Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik
‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu
menyelidik kesahihannya.
Slobodan
Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang
melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia. Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai
penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun
2006 kerana serangan jantung.
Milosevic
lahir dalam era perang dunia keII.
Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir. Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah
membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama
sepuluh tahun kemudian.
Latarbelakang
yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic
seorang yang kejam.
Saddam
Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000
puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan
jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata
pemusnah (WMD). Ramai yang berpendapat
bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun
2006.
Saddam
juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan
keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan
abangnya akibat kanser. Saddam yang
masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun
iaitu sehingga ibunya berkahwin semula.
Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak
melayannya dengan baik. Semasa berumur
10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan
diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.
Jelas,
apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras
dan kental malah mungkin juga kejam.
Milosevic
dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi
kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara
semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang
baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.
Dan
kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa
lembut.
Untuk
pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam
sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan
Pegawai tinggi kerajaan.
Datuk
Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila
Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah
kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun
Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu
yang penyayang. Tun Abdul Razak juga
tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi
anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan
kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di
rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang
kebanyakan. Datuk Seri Najib dididik
dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan
kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.
Oleh
kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil,
maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi
Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah
memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka
menyerah diri. Pertumpahan darah tidak
pernah menjadi pilihan utamanya.
Beliau
juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai
Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya. Beliau
juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan
baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di
Palestine.
Jelas,
jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang
mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.
Justeru,
apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam
amatlah menggelikan hati. Datuk Seri
Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat
memfitnahnya saban hari. Malah, beliau
jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan,
maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan
tersebut.
Tentera
dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang
sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib.
Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan
Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana
saja. Malah, dalam insiden Lahad Datu
juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita
memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.
Satu-satunya
pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu. Mengorek mata, menyembelih dan memotong
tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera
dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang
biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan
penjenayah. Selain itu, tentera dan
polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah
tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan
negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan
bangsa lain, termasuk pendatang asing.
Jika
orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup
bergadai nyawa ke sini? Kenapa selama
ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu? Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita
berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?
Mungkin
Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau
masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...