SULTAN Muhammad V
bertanyakan perkembangan semasa peristiwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu
kepada Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua
Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman selepas majlis tahlil Allahyarham
Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam
tadi.
PASIR MAS - Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat menziarahi dan menyertai
majlis tahlil untuk Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, di kediaman
keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini malam tadi.
Mengiringi baginda ke
majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamed; Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah
dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Baginda yang tiba kira-kira
pada pukul 9.30 itu kemudiaanya mengetuai bacaaan tahlil yang turut disertai
kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dan penduduk
setempat.
Selesai majlis berkenaan,
baginda kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan kedua-dua ibu dan bapa
Allahyarham dan mengucapkan takziah diatas pemergian anak kesayangan mereka itu
ketika berjuang mempertahankan negara.
Bapa Allahyarham Koperal
Ahmad Hurairah, Ismail Husin, 50, berkata, dia berasa begitu bangga apabila
Sultan Kelantan datang menziarahi mereka sekeluarga dan menyertai bacaan tahlil
untuk arwah anaknya.
Katanya, dia bagaikan
bermimpi apabila dapat berbual-bual dengan Sultan secara dekat dan baginda
Sultan turut menyuruh dia sekeluarga supaya bersabar dan mengucapkan takziah
kepada mereka.
Sementara itu, ibu
Allahyarham Hurairah pula berkata, kedatangan baginda Sultan malam ini sedikit
sebanyak telah mengubat hatinya ketika masih meratapi dengan pemergian arwah.
"Saya rasa begitu
bangga dan bersyukur dengan kedatangan baginda Sultan menziarahi dan membaca
tahlil untuk arwah anak saya. Baginda Sultan turut bertanya khabar kepada saya
dan menyuruh saya supaya banyak-banyak bersabar,"katanya. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130315/dn_01/Sultan-Kelantan-ziarah-keluarga-Ahmad-Hurairah#ixzz2NZ7UxBhl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...