Ketika
menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut
dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil
karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan
Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan pemimpin
‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu
seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba
"mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima
tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan
adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.
Hujah yang
disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi
untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji
malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama
Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah
yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana
perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?
Walhal secara
rasional dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika
hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan
hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’.
Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah?
Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud
meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Di dalam
disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu
perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan
meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a
book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat
secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh
penulis.
Dalam ucapan
tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan
mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto
bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga
kini.
Maka dengan
semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’,
perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu,
kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor
penting yang perlu diberi perhatian serius.
Malah mantan
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang
serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan
Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk
menjadi Perdana Menteri.
Memetik
kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan
jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya
meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan
sebagai korban kambing hitam
Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Jelas Muhyiddin,
pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat
beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti
pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari
pengundian kelak.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...