Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 4 April 2013

Akui Mengaku Silap Sertai PKR!

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengakui kesilapannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang berkata, punca utama beliau meninggalkan PKR ialah kerana parti itu penuh dengan pembohongan.

"Isu-isu yang sering diketengahkan PKR ialah pembohongan. Saya sendiri terpaksa berbohong tentang banyak isu kepada rakyat.

"Politik ini ada sempadan. Apabila sampai hadnya, apabila kita terpaksa berbohong sehingga merugikan bangsa dan agama, pada masa itu kita harus membuat keputusan untuk memperbetulkan keadaan,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Zahrain, kesempatannya berjumpa rakyat akhir-akhir ini digunakan sebaik-baiknya untuk menyampaikan kebenaran dan meminta maaf kepada mereka.

"Dalam situasi politik sekarang, tidak ada pilihan lain selain membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Hanya BN yang dilihat layak untuk terus menerajui negara,'' katanya.

Sementara itu, Zahrain juga memberitahu, beliau bersedia untuk bertanding semula sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mendapat lampu hijau daripada pimpinan tertinggi BN.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...