Ujarnya,
beliau bersama rakan-rakannya yang begitu terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi
berpendapat, Pas tidak akan dapat memerintah selagi parti itu bergantung dengan
sistem pilihan raya sedia ada.
Mahu tidak
mahu, katanya, beliau dan rakan-rakan perlu berbuat sesuatu supaya Islam dan
hukum hudud boleh dilaksanakan segera di Malaysia.
"Sistem
pilihan raya yang ada dalam negara ini sukar untuk Pas menang, jadi disebabkan
itu, lambatlah parti ini hendak memerintah dan lambatlah juga Islam hendak
memerintah.
"Jadi
untuk cepatkan (Pas) perintah, saya dan rakan-rakan merancang untuk merampas
kuasa secara kekerasan dan antaranya, jalan paling mudah, kita culik atau bunuh
Perdana Menteri ketika itu (Dr. Mahathir)," katanya ketika ditemui di sini
hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika sesi temu ramah bersama media dengan ulama-ulama pondok
Kedah dan Kelantan.
Pada 25 Mac
lalu, Zainon membuat pendedahan di Pasir Puteh bahawa rancangan untuk melakukan
pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang
menyatakan UMNO kafir.
Ekoran itu,
Zainon berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Dr. Mahathir.
Dalam pada
itu, Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku? berkata, komplot itu
adalah ideanya dengan rakan-rakan lain tanpa penglibatan pemimpin Pas.
"Maknanya
kita yang sendiri (rancang), hasil daripada Amanat Haji Hadi. Hasil daripada
kita hendak melihat hukum hudud terlaksana.
"Sebab
itu, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turunkan tandatangan
tidak mahu laksanakan hukum hudud, kami terlalu kecewa," katanya.
Kata Zainon,
sejak Pas mendapat rakan baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta
ramai pemimpinnya menjadi Yang Berhormat serta hidup mewah, mereka lupa kepada
perjuangan asal parti.
"Jika
saya tahu yang mereka tidak mahu tubuhkan negara Islam, saya tidak akan
berhenti kerja. Buat apa saya hendak berhenti menjadi guru?" katanya
kesal.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...