Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 5 April 2013

Bubar DUN Kerana Terpaksa! Terpaksa Akur...

Datuk Seri Najib Razak membidas pembangkang yang berdolak dalih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari satu tarikh ke tarikh lain. 

Perdana Menteri berkata, walaupun pelbagai tohmahan dilempar terhadapnya, akhirnya pembangkang akur dan terpaksa ikuti langkah pembubaran Parlimen, kelmarin. 



Bukan kerana takut 

“Pemilihan 3 April bukan kerana saya takut dengan pembangkang. Jika pembangkang pertikaikan tindakan saya berhubung tarikh itu, kenapa mereka tidak bubarkan DUN lebih awal lagi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, diikuti Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau sedia membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Februari jika Kerajaan Persekutuan belum membubarkan Parlimen.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Khalid ketika ditemui mengakui antara sebab beliau berkata demikian adalah bagi mendesak Najib segera membubarkan Parlimen.

Genap 4 tahun khidmat 


Ditanya kenapa memilih kelmarin untuk membubarkan Parlimen, Najib berkata, ia tarikh yang baik, selain genap empat tahun perkhidmatannya dan berlangsungnya mesyuarat Kabinet.

“Ia hari yang baik dan bertuah... kebetulan Kabinet pun ada di situ dan semalam juga hari ulang tahun keempat saya sebagai Perdana Menteri.

“Jika bekerja dalam kerajaan, kita perlukan waktu untuk merancang, melaksana dan mendapat keputusan hasil daripada pelaksanaan itu dan memang dalam fikiran, saya hendak capai empat tahun (sebagai Perdana Menteri),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...