Meniti saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah
ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik
berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan,
bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3
penjuru antara PAS v DAP v PKR.
PAS Kedah Bergolak
Umum sudah maklum tentang konflik berpanjangan antara
MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi.
Menghampiri PRU-13, puak-puak penyokong dilihat melobi untuk memastikan
pengaruh mereka masih kuat dan difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang
tetap bertegas untuk bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh
antara puak penyokong kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN
umpamanya di Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan
Kuala Kedah. Perkembangan semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian
berlakunya sabotaj dan protes sesama ahli PAS di Kedah.
PKR, DAP Tunjuk Hebat
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan lagak
kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai
adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif dari Pengerusi
DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR adalah tidak sah. Ini
kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP Kedah. Begitu juga, di
DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama PKR dan DAP bertindih
tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak akan teragak-agak
untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru
antara DAP-PKR-BN.
PKR Buat Masalah Lagi
Jentera PAS dan DAP di Kedah sudah 'lali' dengan
kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya, PKR Kedah tidak banyak membantu
pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar umbi sebagai lemah dalam aspek
jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan
calon dan merebut kerusi di Kedah, kelompok mereka adalah yang terawal. Pada
ketika, DAP Kedah masih menunggu kata putus pimpinan tertinggi, begitu juga
kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar,
datang Anwar Ibrahim dengan yakin melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi
yang menjadi rebutan.Tidak cukup dengan penyebaran di media maya tentang
pergaduhan antara penyokong calon PAS dan PKR di kawasan Alor Semadom.
Kemelut meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah
seharusnya dijadikan iktibar rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat
wajar menilai ;
1) Apa makna 'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja
betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun isu pertelagahan melibatkan
pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh cukup kritikal membelenggu
'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran berdepan pelbagai isu, hendak
membahagi kerusi pun cukup lemah.
2) Kenapa teruja mereka berebut? Masing-masing sedang
selesa dengan pengaruh dan mahu bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama
mereka. Akibatnya, lebih elok berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang
sedang alpa dalam kuasa seeloknya diberikan pengajaran.
Sahabat di Kedah,
5 tahun tempoh panjang sudah melalaikan pimpinan dan
jentera PR Kedah di pundak kuasa dan pengaruh.
5 tahun tempoh panjang sudah mematangkan rakyat
penduduk Kedah melakukan penilaian sebaik-baiknya.
5 tahun mendatang, demi masa hadapan pada sebuah
negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN semestinya Pilihan Rakyat Kedah.
Dedikasi buat PR Kedah, Terima Kasih
kerana 'konflik kalian' membantu menjayakan Misi "Save Kedah" !
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...