Lim Kit
Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya
perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran
usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan
jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.
Apa buktinya? Tiada Melayu dalam
kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya
"dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi."
Apa lagi kata Kit Siang?
Perbalahan dalam DAP terus jelas
dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr
Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua
Jui Meng.
Malah apabila dikritik oleh Dr
Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP
Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur
daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Dengan alasan itu, Dr Boo perlu
untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat
jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah.
Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP
di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.
Malah Kow Meng turut mengatakan,
Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan
dalaman.
Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo
sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang
juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan
dalam menamakan calon-calon di Johor.
Dalam e-mel kepada pucuk
kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan
kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada
pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri
Mengkibol.
Bekas anggota dewan undangan
negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang
sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata
pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah
kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.
"Bagaimana perbincangan
kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi
parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP)
Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan
aturannya," katanya.
Apa jadi kepada Jui Meng?
Dia diberi kerusi Segamat,
sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ...
Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin
menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang
Patah.
Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir
Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika
menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas
menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam
DAP.
Semua orang kena dengar cakap
dia, kalau tidak tiada harapan terselamat.
Kemudian hari ini di Johor mereka
berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.
Konon Dr Boo bersalaman dengan
Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah.
Kalau penyelesaian merebut kerusi
pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir
negara.
Hancur Malaysia kalau mereka
perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah
menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi
hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...