Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 16 April 2013

Karpal Buat Hal Lagi!

Dua perwakilan DAP menyangkal kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam bahawa tiada penipuan berlaku pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan pada hujung tahun lalu.

Bekas Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek, Wong Yu Liuh berkata, beliau dan dan Ahli Jawatankuasanya, G. Manimaran merupakan antara 753 perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi pada pemilihan itu.


Katanya, tindakan itu bertentangan dengan undang-undang parti dan menggesa pemilihan semula diadakan bagi keadilan semua pihak.

"Kami menggesa DAP mengadakan semula pemilihan itu supaya hak kami sebagai perwakilan dituntut.

"Kami hendak mengundi dan berharap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng jangan anggap dan layan kami seperti paria," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir bekas Ketua Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Baru-baru ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan tentang kegagalan parti itu memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC berkenaan pada 15 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, semalam Pengerusi DAP itu mengakui terdapat masalah teknikal pada pemilihan parti tetapi tidak ada penipuan seperti dakwaan pihak tertentu termasuk bekas Naib Pengerusinya itu.
Sehubungan itu, Yu Liuh menggesa Karpal tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan membela Setiausaha Agung DAP tersebut yang didakwa menjadi punca kegagalan menghantar surat notis kepada perwakilan lain.

"Kami kecewa terhadap perangai dan sikap angkuh Guan Eng. Dia yang sebenarnya mengeluarkan surat notis dan bukan Karpal. Kami berharap Karpal tidak membela Guan Eng lagi dalam isu ini," katanya.

Sementara itu, Tuan Tat yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor berkata, cawangan tersebut sepatutnya mempunyai empat perwakilan untuk mengundi pada pemilihan CEC itu namun tiada seorang pun wakil diserahkan notis sebagai perwakilan.

"Berdasarkan dokumen parti terhadap pemilihan wakil kongres, jika mana-mana cawangan mempunyai ahli antara 15 hingga 25 orang yang telah membayar yuran, parti akan memberi satu tempat jika mempunyai 26 hingga 50 ahli parti akan memberi tiga tempat.

"Jika lebih 51 ahli parti akan bagi empat tempat dan bererti cawangan ini yang mempunyai lebih 51 ahli, maka empat tempat perlu diberikan," katanya.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...