Tun Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri ketika itu berkata, andai PAS dan sekutu pembangkangnya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang syariah diwujudkan di Kelantan, usaha itu juga tidak akan dihalang.
DAP lagi melenting apabila dua presiden parti Cina terbesar, iaitu MCA dan GERAKAN, menyokong pengumuman Dr Mahathir itu.
Pembelotan politik terbesar
Sembilan hari kemudian, Kabinet memutuskan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam dibenarkan mengundi ikut pilihan masing-masing jika ada usul dalam Parlimen mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud ke atas warga negara bukan Islam.
Dalam nada kesal dan marah, Setiausaha Agung (kini Ketua Parlimen) DAP, Lim Kit Siang menyelar pengumuman Dr Mahathir dan keputusan Kabinet sebagai sesuatu yang tidak baik untuk negara.
Dia memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan bermain api, memperjudikan masa depan Malaysia atau menjejaskan pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Kit Siang mengutuk MCA dan GERAKAN atas pembelotan politik terbesar dalam sejarah dan menggesa lebih 5,000 persatuan, organisasi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan perdagangan Cina seluruh negara untuk bangkit menentang hasrat melaksanakan undang-undang syariah Islam di Kelantan.
Deklarasi Cameron Highlands
Pada 20 Mei 1992, DAP mengeluarkan Deklarasi Cameron Highlands yang memberi amaran kepada PAS untuk menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam, kerana itu akan memburukkan masalah polarisasi kaum/agama di Malaysia dan menjejaskan kemasukan pelabur asing ke negara ini.
Justeru, apabila ahli PAS, Nasharuddin Mat Isa bertanya sama ada DAP sudah bersetuju atau menerima dasar partinya kerana sanggup guna lambang bulan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), penulis rasa ini soalan yang munasabah.
Rekod membuktikan DAP tidak pernah menerima dasar perjuangan PAS, malah menolak pembentukan negara Islam dan hukum hudud secara konsisten selama 46 tahun.
Sebaik PAS melancarkan Dokumen Negara Islam 10 tahun lalu, Kit Siang bingkas membantah blueprint yang dianggap tidak demokratik dan melanggar hak asasi rakyat bukan Islam dan semangat kontrak sosial serta Manifesto Bersama Pembangkang 1999.
Kata Kit Siang, hasrat PAS menubuhkan negara teokratik akan menjadikan orang bukan Islam diperintah pemimpin Islam. Maknanya, orang bukan Islam tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Konsep negara Islam
Dia juga tidak setuju dengan konsep negara Islam yang dikaitkan dengan nama atau kuasa Tuhan kerana ini bermakna a vote against PAS and its Islamic state will become a vote against Allah and therefore blasphemy and treason. How can such a concept be compatible with democracy? (undi menentang PAS dan negara Islam bererti mengundi menentang Allah, oleh itu kufur dan derhaka. Bagaimana konsep sedemikian serasi dengan demokrasi?)
Menurut Kit Siang, kerana bantahan terhadap konsep negara Islamlah, maka DAP tidak bersetuju berkawan atau bekerjasama dengan PAS dalam PRU 1986 dan 1990, dan keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001.
Beliau juga masih ingat kebimbangan pada PRU 1999 apabila PAS menjadi parti pembangkang dominan dengan 27 kerusi Dewan Rakyat berbanding 10 kerusi DAP. Pada PRU-13 ini, sama ada DAP menggunakan lambang PAS atau tidak, ia tetap akan memastikan ketidakseimbangan kerusi sebegini tidak berulang lagi supaya PAS tidak dapat meneruskan cita-cita menubuhkan negara Islam.

Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...