Ada
banyak perkara terus menjadi tanda tanya daripada soal jemputan kepada ahli
yang layak mengundi hinggalah kepada isu penyelewengan atau kesilapan kiraan
undi. Awang
juga hairan mengapa Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa campur tangan
kebelakangan ini.
Sepatutnya
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang harus bertanggungjawab untuk
menyelesaikan segala permasalahan.
Pada
Awang, ia merupakan satu lagi kegagalan kepimpinan Guan Eng, yang akibatnya
terpaksa ditanggung oleh parti.
Kini DAP
berdepan dengan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan atau digantung oleh
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
DAP tidak
terkecuali daripada undang-undang. UMNO dan parti politik lain juga pernah dibatalkan
pendaftaran.
Sekiranya
didapati bersalah termasuk melanggar perlembagaan parti, DAP mungkin dilarang
menggunakan lambang sendiri pada PRU13. Segala-galanya akan ditentukan sedikit
masa lagi dan tidak perlulah DAP memberikan tekanan kepada ROS.
Yang
pasti, isu tersebut meninggalkan kotoran hitam yang memalukan dalam sejarah
parti itu.
Bagaimana
mahu mentadbir negara dengan cekap dan bersih kalau pemilihan parti sendiri
kelam kabut? Itupun ghairah mahu mencari salah pihak lain. Bagai ayam kokok berderai-derai,
ekor bergelumang najis.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...