Justeru, wakil rakyat yang
baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan
mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan
tersebut.
Buktinya,
Dato’ Seri Najib, Tun Mahathir, dan mana-mana ahli politik yang disanjung
rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan.
Ini
amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang. Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati
slogan ‘ubah’ DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding.
Sejak
dari 1969, Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya, Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka
(1974–1978), Petaling Jaya
(1978–1982), Kota Melaka
(1982–1986), Tanjong (1986–1999), dan
akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang
Patah. Jangan ditanya apa jasanya kepada
semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung. Satu-satunya ‘khidmat’ yang disumbang kepada
rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang
meluap-luap.
Jelas,
Lim Kit Siang bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk
mencari tapak untuk berkuasa. Namun, ‘perubahan angin’ yang dilakukannya kali
ini dilihat punya signifikan tersendiri iaitu untuk memecahkan dominasi UMNO
serta perpaduan antara kaum di Johor di samping mengorak langkah susulan untuk
membantu menyerapkan roh PAP Singapura dengan lebih kukuh melalui negeri di
hujung semenanjung itu.
Dengan
Pulau Pinang sudah dikuasai dan jika bernasib baik, Johor pula, maka DAP atau
lebih tepat, PAP akan dapat menguasai dua dari ‘pintu masuk utama’ ke
Malaysia. Kita sedia maklum akan bantuan
kewangan secara bulanan kepada DAP daripada PAP, dan kita juga sedia maklum
bagaimana kerajaan Singapura memberi bantuan khas kepada DAP dalam berbagai bentuk
termasuk tenagakerja bagi menghadapi PRU kali ini.
Di
Gelang Patah, Lim Kit Siang akan bertembung dengan Datuk Abd. Ghani
Othman. Kerusi Gelang Patah yang
mempunyai pecahan kaum Cina 54%, Melayu 34% dan India 12% sebelum ini dipegang
oleh MCA yang telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada UMNO. Penyandang kerusi tersebut, iaitu Ketua
Wanita MCA Johor, Tan Ah Eng telah mendapat majoriti sebanyak 8,851 undi, iaitu
jauh lebih kecil dari majoriti yang diperolehi pada 2004 sebanyak 31,666
undi.
Datuk
Abd. Ghani sebelum ini bertanding di kerusi Ledang dan pertukarannya ke Gelang
Patah dikatakan sebagai strategi BN untuk merebut undi penentu iaitu undi
Melayu dari Lim Kit Siang.
Apapun,
kita melihat yang Lim Kit Siang bukannya mencabar Datuk Abd. Ghani, tetapi
sebenarnya mencabar seluruh rakyat Johor dan juga konsep 1Malaysia yang
diperkenalkan Perdana Menteri. Kita tahu
bahawa politik Lim Kit Siang adalah politik perkauman. Walaupun Kit Siang menafikan tuduhan ini
tetapi cakap-cakapnya dalam setiap ceramahnya adalah jelas di mana hujah
utamanya sering tertumpu mengenai kerajaan yang diterajui UMNO (Melayu),
lembab, korup dan malas, UMNO menganaktirikan kaum bukan Melayu, perlembagaan
UMNO berat sebelah kepada kaum Melayu, kaum Cina dinafikan hak dan
berbagai-bagai lagi isu yang bersifat perkauman yang membawa prejudis dan
kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu. Malah, beliau juga suka membangkitkan soal
agama seolah-olah Malaysia menekan agama lain.
Kita
pasti Datuk Abd. Ghani mampu mematahkan penipuan dan hasutan Kit Siang
ini. Dan kita lebih pasti lagi bahawa
orang-orang Johor, tidak kira Melayu atau Cina atau India cukup matang dan
mampu melihat kebenaran di hadapan mata mereka iaitu tiada kaum yang terpinggir
dalam arus pembangunan negara, malah kaum Cinalah berada di hadapan dalam
segala-galanya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...