Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 10 April 2013

Panas : Pembangkang Bertelagah!

Gendang pilihan raya sudah dipalu tetapi parti-parti pembangkang masih bertelagah berhubung agihan kerusi sesama mereka yang hendak ditandingi. Keadaan bercelaru kerana masing-masing mempertahankan kawasan tertentu yang menjadi pilihan. 

Maka, janji kepada rakyat untuk menghebahkan nama bakal calon pembangkang bagi kawasan tertentu terpaksa ditangguhkan dan belum ada kesudahan.

Itulah antara cerminan betapa ikatan di kalangan parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah sebuah pakatan tidak berdaftar begitu rapuh. Cukup jelas betapa mereka tidak mempunyai satu ikatan yang ampuh, yang boleh meyakinkan rakyat untuk memacu negara ke arah kejayaan.

Walaupun mereka berselindung di sebalik sebuah pakatan, mereka sebenarnya mempunyai identiti yang secara jelas adalah parti-parti yang tiada ikatan. Mereka berbeza ideologi dan falsafah. Pengalaman di beberapa negeri tadbiran pembangkang sebelum ini telah pun menyerlahkan berlaku pergeseran sesama mereka - DAP, PKR dan Pas.

Justeru seruan berubah yang dicanang sebagai umpan oleh pembangkang hendaknya tidak mudah termakan oleh rakyat. Awang yakin rakyat mempunyai kebijaksanaan mengukur sejauh mana keupayaan mereka, setelah mereka diberikan empat negeri untuk ditadbir selepas pilihan raya umum lepas.

Sebenarnya, pengukuran keupayaaan pakatan pembangkang itu menjadi lebih mudah kerana pihak yang menjadi bandingan - Barisan Nasional, adalah terdiri daripada parti-parti yang telah diuji sekian lama pemuafakatannya. Mereka bernaung dalam suatu pakatan yang nyata dan sah.

Justeru, kegilaan untuk mencari perubahan semata-mata, jika ada, amat berbahaya kepada segala kenikmatan yang kita kecapi sekarang. Mengapa kita perlu pertaruhkan masa depan anak cucu dan cicit kita dalam percaturan ini?

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...