Ini termasulah Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail yang dipindahkan dari Parlimen Machang ke Kulim Bandar Baharu.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini menyatakan ingin berpindah ke Perak sebelum 'berpatah balik' mempertahankan kerusi Pematang Pauh.
Sebelumnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat keputusan berpindah dari Ipoh Timur di Perak ke Gelang Patah di Johor.
Pengumuman pertukaran kerusi Parlimen yang akan ditandingi Saifuddin Nasution dibuat Anwar dalam ceramahnya di Bandar Laguna Merbok di sini, malam tadi.
Pada majlis itu, Anwar juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam, N. Surendran sebagai calon kerusi Parlimen Padang Serai manakala bagi calon bagi kerusi Parlimen Merbok ialah jurutera, Noryn Aina Norazrina dan doktor, Dr. Azman Ismail pul bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...