Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 11 April 2013

Pendedahan : Hancur Kerana PKR!

Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan keratan akhbar mengenai janji-janji tidak tertunai kerajaan PKR Selangor. Selaku Pengerusi BN Selangor, beliau maklum tentang report card buruk kerajaan Selangor. 

Kalau disingkap dalam tempoh lima tahun ini memang nampak ketara 'cacatnya' pentadbiran negeri berkenaan. Kelmarin, Perdana Menteri menjadikan Selangor negeri pertama persinggahannya selepas menyempurnakan pelancaran aku janji atau manifesto BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketika mengupas kelemahan kerajaan negeri itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi tumpuan kepada isu Universiti Selangor (Unisel).

Ini, kata Noh, untuk dijadikan pedoman kepada rakyat Selangor meneliti dan menilai kedudukan sebenar isu pendidikan yang hanya menjadi bahan momokan kerajaan PKR negeri di bawah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malah, Abdul Khalid sebenarnya belum bersedia untuk memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyat Selangor.

Menurut Noh, kelemahan kedudukan kewangan Unisel dalam tempoh 2008 hingga 2012 dikesan menerusi Laporan "Credit Rating Rationale" yang dikeluarkan oleh RAM Rating Services Berhad pada Januari 2013.

Laporan ini dikeluarkan atas dasar kemudahan kredit yang digunakan oleh Unisel dalam menjalankan operasi pengurusan pentadbiran iaitu Kemudahan Pinjaman Bai' Bithaman Ajil Islamic Debt Securities sebanyak RM150,000,000 bagi tempoh 2008/ 2022. RAM Rating Services Sdn Bhd, merupakan sebuah badan atau agensi yang berperanan memberikan pandangan secara bebas dan profesional tentang penilaian kemudahan kredit oleh badan korporat, syarikat milik kerajaan, bank, syarikat multinasional dan entiti kewangan awam.

Berdasarkan Laporan kewangan 31 Disember 2009, jumlah pembayaran semula dari pinjaman Bai' Bithaman Ajil perlu dibuat setiap tahun dalam purata RM18 juta ke RM22 juta iaitu termasuk principal dan faedah. Kemudahan sejumlah ini ditandatangani oleh Unisel pada 22 Januari 2009.


No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...