Awalnya, Lim
Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan meninggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak. Pemimpin
pembangkang ini boleh membawa semangat dan mempengaruhi emosi pengundi untuk
menyokong pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.
Tetapi sikap
salah satu daripada komponen pakatan iaitu Pas pula seperti menunggu habuan,
seperti tidak yakin untuk melaungkannya dan hanya mahu memperkukuhkan parti
sendiri.
Selang dua
hari Anwar dengan lantang mahu bertanding di Perak, tiba-tiba semasa dalam
ceramah politik di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri akur dengan
sokongan pengundi di Permatang Pauh dan tidak mahu keluar bertanding di tempat
lain.
Sikap mengalah
sebelum bertanding itu menyebabkan Kit Siang berasa sedih tidak terkata. Pada
pukul 12 tengah malam hari yang sama semasa memberi ceramah politik di Batu
Pahat, beliau berteriak di hadapan pengunjung - Biarlah kalah, biarlah
mati!" Adakah setelah Anwar membelakangi Kit Siang, masing-masing ada
penjelasan tersendiri?
Lazimnya Kit
Siang menggunakan taktik simpati awam untuk mendapatkan sokongan pengundi
sepanjang kerjaya politiknya dan tidak pernah menggunakan taktik kalah dan
mati" sebagai ungkapan dalam musim pilihan raya umum.
Penganalisis
pakatan pembangkang menganggap emosi Kit Siang sedemikian mungkin kerana
pengumuman Anwar tidak bertanding di Perak memeranjatkannya. Dengan semangat
tinggi beliau bertanding di Johor, pengunduran Anwar seperti mengangkat kaki
merosakkan strategi pakatan pembangkang, meninggalkan Kit Siang berjuang
berseorangan.
Kali ini
Anwar telah merosakkan strategi dan UMNO mengejek beliau kerana meninggalkan
kawasan pengundi sendiri. Anwar terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh
kerana beliau menjangkakan mungkin kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang
begitu hebat.
Cara Anwar
berdolak-dalik dalam hal ini menampakkan beliau kurang matang dan kurang
terperinci dalam memimpin pasukan sehingga dipersenda akibat perbuatan sendiri.
Sila
layari artikel penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130411/re_05/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2Q78LjzHD
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...