Kalau menang
tentunya sejarah putih bagi Husam tetapi jika tewas, masa depan bekas ADUN
Salor itu agak sukar ditelah melainkan beliau ditawarkan juga kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN). Setakat ini Pas belum membuat sebarang pengumuman yang
berkaitan.
Husam,
lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi mendapat pendidikan di
Sekolah Rendah Kota Bharu, Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu dan Maktab
Sultan Ismail sebelum ke UM. Beliau kemudiannya mengikuti kursus Bahasa Arab di
Jordan.
Latar
belakang pendidikannya sememangnya tiada kaitan dengan sekolah pondok juga
bukan di aliran agama secara rasmi.
Sepintas
lalu, Husam kelihatan penting di sisi Menteri Besar dan juga pentadbiran di
Kelantan. Tetapi benarkah begitu? Apakah sumbangan besar Husam terhadap
kerajaan negeri dan parti setakat ini?
Di sebalik
cakap-cakap satu ketika dulu bahawa Husam antara nama paling berpotensi menjadi
Menteri Besar Kelantan. Naib Presiden Pas itu juga tidak lepas daripada
terpalit pelbagai kontroversi sehingga diheret ke mahkamah.
Apabila
namanya diumumkan bertanding di Putrajaya, ada yang membuat kesimpulan
mungkinkah Nik Aziz tidak mahu melihat wajah Husam di Kelantan disebabkan
kontroversi yang dikaitkan dengan beliau?
Adakah Husam
menjadi liabiliti kepada Nik Aziz dan kerajaan Pas di Kelantan? Atau apa
sebenarnya matlamat percaturan yang dilihat oleh banyak pihak umpama untung sabut
timbul untung batu tenggelam.
Pencalonan
Husam di Parlimen Putrajaya akan memberi jawapan kepada kedudukan beliau
seterusnya. Jika ditakdirkan menang, tetapi pakatan pembangkang gagal membentuk
kerajaan, apakah kepentingan Husam?
Putrajaya
bukan Kelantan. Tidak ada masalah bekalan air dan elektrik. Segala kemudahan
dan infrastruktur tersedia selain bandar yang begitu tersusun. Jika ada pun
yang merungut hanyalah masalah tempat letak kereta.
Kedua-dua
pilihan raya umum menyaksikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendapat
tempat di hati pengundi yang rata-ratanya kakitangan kerajaan biar pun ada
penurunan undi disebabkan tsunami politik di seluruh negara pada 2008.
BN belum
mengumumkan siapa bakal bertemu Husam. Adakah pilihan raya yang ke-13 ini
menyaksikan Tengku Adnan kekal di situ atau ada muka baru bakal ditampilkan?
Pejabat UMNO
Putrajaya sememangnya menjadi tempat untuk penduduk kurang mampu mengadu nasib.
Mereka berkumpul di restoran mamak tidak jauh dari pejabat UMNO menunggu untuk
bertemu wakil rakyat. Yang datang adalah kakitangan kerajaan gred rendah dan
mempunyai ramai anak masih bersekolah. Kebiasaannya mereka tidak pulang dengan
tangan kosong.
Jasa BN
terhadap Putrajaya dan penduduknya tidak terbilang. Putrajaya membangun
sedemikian rupa hasil air tangan BN sehingga menjadi destinasi wajib dikunjungi
manakala penduduknya menikmati kehidupan yang terancang.
Program Skim
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) turut dilaksanakan di Putrajaya selain
pelbagai kemudahan lain untuk dimanfaatkan oleh rakyat.
Sama ada
pencalonan Husam adalah jerangkap samar yang dipasang parti sendiri atau
sememangnya Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu selamanya milik BN,
jawapannya 5 Mei nanti.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...