Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 28 May 2013

ABC : Anwar Banyak Cakap!

Sekumpulan 50 aktivis prokerajaan di negeri ini menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah keras pihak yang masih mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya siri perhimpunan 'Blackout 505' selain menegaskan, sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan negara jika ada pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan serta kekerasan.

Ketuanya yang juga Pengerusi Perhimpunan Anak Malaysia Negeri Sembilan, Nazim Maaruf berkata, dia bersama ahli-ahli lain telah melaungkan ikrar sanggup mati demi Malaysia.
"Kami beri amaran keras bahawa kami tidak gentar dan akan menentang siapa sahaja yang cuba menimbulkan kacau bilau di negara ini.

"Pada pihak 505, kamu sudah kalah, BN (Barisan Nasional) telah menang, jadi hormati kemenangan ini seperti rakyat lain hormati kemenangan di tempat (negeri) kamu menang," katanya ketika ditemui di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nazim memberitahu, perhimpunan tersebut juga bertujuan menyuarakan tuntutan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bertindak tegas ke atas pihak-pihak yang menganjurkan perhimpunan jalanan serta menghasut pemikiran rakyat.

"Pihak KDN wajib bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba mengkucar-kacirkan perpaduan yang telah terbina sejak merdeka lagi," ujarnya.

Kumpulan yang membawa pelbagai sepanduk bantahan terhadap pihak pembangkang selain mengikat lilit kepala bertulis 'ABC' itu berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan hasutan khususnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"ABC ini membawa pelbagai makna tetapi bagi kami, ia membawa maksud 'Anwar Banyak Cakap', apa lagi yang dia mahu, sudah kalah sudah lah apa lagi tidak puas hati," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...