Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bukti dimaksudkan itu termasuk laporan polis berhubung dakwat kekal.
Dakwat kekal hilang
Beliau berkata, SPR tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis berhubung penggunaan dakwat berkenaan atau aspek berkaitan PRU-13.
“Kami di SPR juga ingin mengetahui mengapa ada kejadian dakwat tidak kekal kerana SPR tidak pernah berniat untuk menipu atau menyebelahi mana-mana parti politik.
“Kami menubuhkan pasukan khas untuk menyemak hal berkaitan dakwat berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi,” katanya yang berada di luar negara atas urusan rasmi.
Terdahulu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa dakwat kekal itu antara penipuan dilakukan SPR dalam PRU-13 , sekali gus bermakna kemenangan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai tidak sah.
Beliau yang membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana mendakwa, kesan dakwat di jarinya hilang pada jam 5 petang, iaitu hampir lapan jam selepas mengundi pada 5 Mei lalu.
Mengulas laporan polis itu, Abdul Aziz berkata, polis akan menyiasat laporan berkenaan dengan kerjasama SPR, iaitu tindakan sama diambil ke atas laporan lain sebelum itu.
Nafi dakwaan Rafizi
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah, Juhari Abdul Rahman, menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kononnya wujud pengundi hantu termasuk kejadian ‘blackout’ (gangguan bekalan elektrik) ketika proses pengiraan undi berlangsung PRU-13 lalu di negeri ini.
Katanya, sehingga hari ini iaitu selepas kira-kira tiga minggu PRU-13 berlalu, SPR negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai kes seperti didakwa Rafizi itu sama ada membabitkan kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi atau kewujudan pengundi hantu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...