Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 28 May 2013

Dendam Siam Pada Karpal Singh!

Masyarakat Siam negara ini membantah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memansuhkan Dewan Negara.
 
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, tindakan itu bukan sahaja dilihat sebagai satu penghinaan kepada institusi negara, malah menafikan hak kaum-kaum minoriti untuk mengemukakan pandangan mereka di Parlimen.

Katanya, Dewan Negara sebelum ini memainkan peranan penting kerana memberi peluang kepada semua pihak termasuk kaum minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat Siam menyuarakan permasalahan serta pandangan dan pendapat menerusi wakil yang dilantik.

"Sebagai wakil kepada masyarakat Siam di Dewan Negara, saya berasa gembira kerana sejak dilantik, berpeluang mengetengahkan isu serta permasalahan yang dihadapi kaum saya. Hasilnya, beberapa isu dan masalah yang dihadapi telah mendapat perhatian dan diselesaikan kerajaan.
"Saya menganggap cadangan Karpal Singh supaya Dewan Negara dimansuhkan merupakan satu cubaan untuk menafikan hak kebebasan bersuara oleh kaum minoriti seperti kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Boon Som juga menasihatkan Karpal supaya tidak memberi gambaran buruk kepada masyarakat bahawa Ahli Dewan Negara tidak mempunyai sebarang fungsi dan peranan mereka.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...