Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak
apabila semakin ramai pemimpin negara luar mengiktiraf kemenangan
Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah di atas
kemenangannya.
Dalam ceramahnya, Penasihat PKR itu mendakwa akan
mengemukakan bukti kepada Obama bahawa wujud penipuan dalam PRU-13.
Presiden Obama telefon Datuk Seri Najib tak apa, tak ada masalah.
Tapi saya hendak bagi tahu kepada Presiden Obama, Amerika pun lancar
perang di Iraq, menyelamat sistem demokrasi Iraq, saya nak bagi tahu
pada Amerika kita akan bagi bukti penipuan dan nak tengok kamu akan kata
apa.
Malaysia ini dimenangi UMNO pilihan raya baru-baru ini bukan dengan
undi rakyat Malaysia, tetapi dengan undi Banglasia (Bangladesh) dan
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) terima itu sebagai satu perkara biasa, ya
la...dia ada kad biru, penipu yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...