Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 10 May 2013

Benarkah Cina Tidak Tahu Balas Budi?

"Maaflah encik, kali ini kita di seluruh negara sudah bulat mahu tukar.''

Itulah kata-kata seorang pengundi Cina kepada rakan penulis dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijalankan.

Mungkin apabila memikirkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membantu kaum Cina, kita tidak akan percaya kata-kata itu. Tetapi ternyata apabila satu demi satu keputusan PRU-13 diumumkan, pengundi Cina ternyata mengotakan janji mereka. Matlamat mereka untuk menukarkan kerajaan sedia ada yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) bukan omong kosong.
  
Selain terus mengekalkan DAP memerintah Pulau Pinang dengan memastikan undi yang diperolehi oleh calon BN daripada MCA dan Gerakan tidak mencecah lebih 7,000 undi, mereka juga menolak secara total kesemua calon MCA di Negeri Sembilan. Turut mengejutkan kekalahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung di Alor Setar.
 
Selain itu, kecenderungan pengundi Cina untuk memastikan calon-calon pakatan pembangkang menang di kawasan-kawasan bandar termasuklah calon-calon Melayu terserlah seperti mana berlaku di Kuantan dan Indera Mahkota. Sudah jelasnya kini segala yang ditawarkan dan diberikan oleh kerajaan BN ternyata masih belum mampu menambat hati pengundi-pengundi Cina.
 
Majoriti mereka masih terpengaruh dengan mainan politik perkauman yang dicetuskan pakatan pembangkang khususnya DAP. Ternyata sekali, sebahagian mereka sama sekali tidak mahu menerima program transformasi yang diperkenalkan oleh Najib melalui gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan.
 
Apa yang mereka mahu ialah memberi kuasa kepada pakatan pembangkang selepas terpengaruh dengan janji-janji manis Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sikap sebahagian besar pengundi-pengundi Cina ini sudah tentulah mengecewakan kerana selama ini apa sahaja yang mereka ingin atau mahukan khususnya dalam bidang pendidikan dipenuhi oleh kerajaan.

Di hadapan pemimpin-pemimpin BN mereka bertepuk dan bersorak seolah-olah memberikan isyarat kononnya akan memberi undi kepada parti itu. Tetapi apabila pilihan raya diadakan ternyata sekali mereka hanya pandai bersandiwara. Keadaan ini begitu ketara di Pulau Pinang sebuah negeri yang terus mendapat perhatian kerajaan BN. Apa yang mereka lakukan dengan terus memastikan kemenangan DAP di negeri itu boleh dianggap tidak mengenang budi.
 
Mungkin bagi pengundi-pengundi Cina yang menyokong pembangkang, mereka akan mendabik dada, tersenyum puas dan berbangga kerana terus memastikan BN tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU-13 ini, tetapi dalam masa yang sama, orang Melayu melihat ia 'satu pengkhianatan'. Pengundi-pengundi Cina terlibat tidak harus marah dengan kenyataan ini kerana mereka memang melakukan 'pengkhianatan' apabila menolak BN.
 
Jika mereka benar-benar memahami erti membalas budi, mereka tidak akan menyokong pakatan pembangkang yang selama ini tidak melakukan apa-apa, sebaliknya hanya memperalatkan undi mereka sahaja. Sememangnya, apa yang dilakukan kelompok berkenaan boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Ia kerana mereka melihat pengundi-pengunci Cina tidak menghargai susah payah Perdana Menteri yang selama ini berusaha sedaya-upaya memenangi hati mereka.

Oleh itu adalah lebih baik jika selepas ini kerajaan BN mengetatkan polisi dengan memberi tumpuan kepada kelompok yang tahu menghargai jasa parti itu terutamanya pengundi Melayu dan Cina. Tidak apalah jika pengundi-pengundi Cina mahu meneruskan usaha mereka memburu kuasa politik bersama pakatan pembangkang.

Kenyataan ini bukanlah bertujuan untuk membalas dendam tetapi kalau pengundi-pengundi Cina mahu menganggap sedemikian, terserahlah kerana sememangnya mereka layak menerima 'pembalasan' berkenaan.
Kerajaan BN melaksanakan perubahan politik demi untuk kesejahteraan semua kaum. Perdana Menteri melakukan transformasi demi memastikan seluruh rakyat Malaysia mengecap kemajuan. Tetapi malangnya sebahagian besar pengundi-pengundi Cina lebih teruja untuk bersama-sama pakatan pembangkang kerana merasakan ini kalilah mereka akan berkuasa.
 
Namun hasrat itu 'dihalang' oleh rakyat Malaysia lain terutamanya pengundi Melayu dan India yang ternyata lebih tahu bagaimana mahu membalas budi.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...