Darahsatriadotcom

Followers

Monday 20 May 2013

Giliran PERKASA Melenting!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada pembangkang berhenti memperlekeh pertubuhan itu berhubung pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Waythamoorthy dan yakin pemimpin itu mampu membawa perubahan besar kepada kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Menurutnya, keputusan Najib untuk tidak melantik mana-mana pemimpin Perkasa dalam barisan Kabinet baharu tidak sepatutnya menjadi isu kerana perjuangan Perkasa bukan bagi mengejar jawatan.

"Tindakan tidak bermoral ahli-ahli pembangkang melaga-lagakan Hindraf dan Perkasa membuktikan sikap sebenar mereka yang sakit jiwa kerana terus menjadikan kami sasaran dalam pelbagai isu.

"Amat melucukan kerana pembangkang menyindir dan memperlekeh Perkasa termasuk mendakwa kami 'dibakulsampahkan' dalam pembentukan Kabinet kali ini sedangkan kami tidak pernah beranggapan begitu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan blog pembangkang yang memperlekeh Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain dengan mendakwa suara mereka diketepikan kerajaan berikutan pelantikan Waythamoorthy dalam Kabinet.

Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. memang cantik ..fahaman perkasa dlm soal perjuanggan nya jelas..kerana, agama, bangsa dan negara..yakin dan setia pada Negara..tahniah pada tok ali..dgn member nya..berpehak pada yg Benar..agar trus meneraju perkasa..untk smangat pada ahli 2..untk trus brjuang..

    ReplyDelete

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...