Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 13 May 2013

Rahsia Anwar, Azmin?

Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan apabila dikritik secara terbuka oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Walaupun Azmin tidak jadi keluar PKR seperti yang menjadi desas-desus sebelum ini, tindakannya mempersoalkan Anwar dalam banyak hal, sudah cukup untuk mengejutkan banyak pihak.

Daripada soal kronisme terutama dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor, kelemahan kerajaan PKR negeri selama ini hinggalah kepada menegur sikap keterlaluan Anwar , sewajarnya direnungkan oleh rakyat Malaysia.

Apa maknanya kalau disanggah oleh timbalan presiden parti. Tidak guna cakap berdegar-degar kalau beliau sendiri hilang kawalan ke atas PKR. Paling menarik perhatian ialah teguran Azmin terhadap tindakan Anwar mahu terus mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU-13.

Selain sidang akhbar, beberapa kenyataan Azmin menerusi Twitter jelas meninggalkan kesan yang bukan kecil. Antara lain beliau menyindir Anwar:

1. ‘‘Laungan reformasi bermula dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

2. Letih rakyat dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat (kroni).

Azmin juga tidak mahu rakyat dibuli oleh Anwar dan menegaskan PKR adalah milik rakyat. Wow. Tajam menusuk ke kalbu. Tetapi Awang percaya Anwar dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden boneka PKR, tidak akan berani bertindak ke Azmin. Terkebil-kebil mata sahajalah menelan semua itu.

Azmin menyimpan banyak rahsia yang pasangan suami isteri itu takut terbongkar. Tetapi pada masa yang sama Timbalan Presiden PKR itu juga tidak punya pilihan melainkan terpaksa tunduk. Khabarnya, Anwar yakin Azmin boleh dikawal dan mudah dipujuk dengan imbuhan.

Sebab itu, agaknya Azmin membatalkan rancangan untuk mendedahkan rahsia Anwar yang disimpan selama 15 tahun. Lagipun Anwar juga pegang rahsia Azmin. Senjata rahsia berlawan dengan rahsia tetapi persoalannya rahsia siapa lebih besar?

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...