Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 23 May 2013

Tindakan Bijak Dari SPR!

Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat.


"Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

 "Persempadanan perlu dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya, SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya.

Justeru kita akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia oleh Bernama TV, di sini, malam tadi. 

Beliau berkata persempadanan semula itu amat penting kerana dalam tempoh 10 tahun ini negara mengalami banyak perubahan termasuk berlakunya penghijrahan rakyat dari bandar ke bandar. 

"Sebagai contoh ketika kita buat persempadanan pilihan raya pada 2003, kawasan Kota Damansara tidak semaju seperti sekarang. Mutiara Damansara tiada dan malah kini banyak kawasan setinggan telah dirobohkan dan rumah pangsa dinaikkan, jadi sudah tentu pengundinya berubah," katanya. 

Dalam pada itu, beliau menyifatkan gesaan pembangkang agar pengerusi SPR dan dirinya meletakkan jawatan, kononnya kerana pilihan raya kali ini tidak telus, adalah seperti tidak menghormati perlembagaan negara dan juga Yang di-Pertuan Agong. 


Beliau berkata SPR adalah sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui perbincangan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh. 

"Mereka tidak menghormati perlembagaan dan Agong, sewenang-wenang menyuruh pengerusi dan timbalan pengerusi meletak jawatan... pembangkang nak lantik siapa? Nak lantik orang dia?... inilah fikiran orang sempit, fikiran selapis orang panggil. 

"SPR tidak telus dari kaca mata mereka, kita telah lakukan yang terbaik tetapi tetap dituduh tidak telus... kalau tidak telus dan kalau SPR ini berpihak pada Barisan Nasional, takkanlah mereka menang 89 kerusi, menang begitu mudah di Selangor dan Pulau Pinang?," katanya. 

Katanya beliau percaya mereka itu mempunyai agenda lain sama ada berbentuk peribadi atau mahu memporak-perandakan negara dengan menghasut rakyat dan generasi muda selain memupuk budaya kebencian.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...