Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 22 June 2013

Agenda Pluralisme Agama Niat Utama Perhimpunan!

Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di sini esok didakwa mempunyai agenda tersembunyi pihak asing yang ingin mengembangkan fahaman pluralisme agama di negara ini.
 
Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, kegagalan pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu turut mengakibatkan fahaman pluralisme agama sukar disebarkan secara meluas khususnya dalam kalangan umat Islam.

"Umat Islam diminta jangan menghadiri perhimpunan haram sebab perbuatan itu seperti memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan agenda pluralisme agama.

"Kita perlu ingat UMNO sememangnya konsisten tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian sebaliknya

''UMNO sebagai tunjang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam mempertahankan kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun mengulas kedegilan pihak pembangkang untuk meneruskan penganjuran perhimpunan haram di Padang Merbok di sini esok walaupun tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Beliau turut mengecam Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kerana mengeluarkan kenyataan kononnya peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram itu sebagai mati syahid.

Tegasnya, hanya orang Islam yang terkorban dalam perjuangan mempertahankan ketauhidan Allah SWT dan kesucian agama layak dianggap mati syahid.

"Bagaimana boleh mati syahid sedangkan Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya memberitahu, perhimpunan haram tersebut hanya bertujuan memenuhi kehendak politik pihak tertentu.

Jelas beliau, keangkuhan pakatan pembangkang menolak kemenangan BN pada PRU-13 telah menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat khususnya sesama umat Islam.

"Terimalah apa sahaja yang diputuskan oleh rakyat dan jika tidak berpuas hati, tunggu sahaja keputusan mahkamah terhadap petisyen yang dibuat," katanya.

Aminuddin turut menyatakan kebimbangannya tentang campur tangan pihak asing yang didakwa membantu dari segi kewangan bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...