Khalid terlelap ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam.
Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
kelihatan terlelap seketika ketika sidang media diadakan selepas majlis
angkat sumpah pagi semalam. 
Bagaimanapun, Abdul Khalid sekali lagi terlelap menyebabkan seorang pegawainya menghentikan sidang media berkenaan bagi membolehkan Abdul Khalid beredar dan berehat.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, berkata ia mungkin berlaku kerana Abdul Khalid terlupa ubat darah tinggi yang diambilnya sebelum itu boleh menyebabkannya mengantuk.
Persoalannya sekarang, adakah ubat darah tinggi menyebabkan mengantuk? Atau Khalid Ibrahim sudah tidak berupaya memegang jawatan Menteri Besar? Pasti Azmin Ali ada jawapannya!
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...