Darahsatriadotcom

Followers

Sunday 9 June 2013

Bila Melayu Cuba Buktikan Telah Bertransformasi!

Kejayaan tujuh anak FELDA menakluk puncak tertinggi dunia, Everest pada Mei lalu adalah gambaran pembaharuan yang dihasratkan kerajaan iaitu mahu melihat organisasi berkenaan mencipta nama di peringkat dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi beliau kejayaan pendaki ekspedisi Everest FELDA 2013 itu satu transformasi bukan saja secara fizikal, tetapi dari segi minda kerana misi itu mencabar kekuatan rohani serta mental.

“Inilah intipati pembaharuan yang saya mahu lihat kepada FELDA secara keseluruhan. Saya mahu melihat FELDA yang boleh mencipta nama di peringkat dunia dan misi menakluk Everest ialah usaha transformasi yang dijalankan.

“Saya paling gembira apabila mendengar berita ini (kejayaan menakluk Everest). Ketika mereka berusaha mencapai kejayaan, kita di sini pun berusaha untuk berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kedua-dua mencapai kejayaan walaupun cabaran cukup hebat.

Foto
NAJIB menandatangani poster pada Majlis Penghargaan dan 
Penyampaian Insentif Projek Everest FELDA 2013, semalam.

“Calang-calang orang jangan mencuba (mendaki Everest) tanpa persediaan atau latihan kerana kita tahu risikonya, baru-baru ini saya difahamkan lapan pendaki terkorban. Paling istimewa kumpulan ini menjalani latihan selama tujuh bulan berbanding perancangan latihan selama setahun setengah,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif Projek Everest FELDA 2013, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...