Darahsatriadotcom

Followers

Monday 10 June 2013

Dong Zong Dikritik Hebat!

Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima realiti keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan berhenti membuat tuntutan tidak munasabah.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, Dong Zong tidak lagi berada dalam kedudukan seperti sebelum PRU-13 kerana majoriti masyarakat Cina kini tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini, kerajaan memberikan banyak ruang, berlembut dan menunaikan permintaan kaum Cina walaupun disifatkan melampau.


"Bagaimanapun, selepas PRU-13, keadaan berubah dan Dong Zong perlu terima realiti yang mereka tidak boleh lagi meminta-minta atau mendesak seperti sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Awang Selamat dalam ruangan Bisik-bisik Mingguan Malaysia mengingatkan masyarakat Cina terutamanya Dong Zong agar sedar tiada negara lain di dunia yang membenarkan kaum itu terus hidup sebagai 'Cina' kecuali Malaysia.

Menurut Azmi, Dong Zong telah membuat banyak tuntutan keterlaluan dan terbaharu sekali adalah meminta menteri berbangsa Cina yang fasih berbahasa Mandarin.

"Masyarakat Cina patut bersyukur tentang pelbagai manfaat yang mereka terima sejak negara ini merdeka sehingga mendapat 'lebih' daripada kaum Cina di Indonesia dan Thailand," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, Dong Zong tidak sepatutnya merumitkan lagi suasana politik yang masih belum stabil.

"Saya setuju dengan pendapat Awang Selamat yang mereka patut bersyukur kerana tidak seperti negara lain, Cina di Malaysia tidak perlu tukar nama, boleh ada sekolah, boleh berniaga secara aman dan ada persatuan sendiri.

"Begitupun, perpecahan kaum semakin meluas dengan 90 peratus masyarakat Cina menyokong DAP yang giat memainkan sentimen masyarakat itu. Jika Dong Zong terus bermain isu sensitif, suasana akan lebih rumit," katanya.

Menurut Mohd. Fuad, demi kepentingan generasi masa hadapan negara, Dong Zong sewajarnya menyokong penyelarasan kurikulum bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dibuat mengikut sukatan sekolah kebangsaan (SK).

"Perpaduan negara amat penting dan tidak boleh diganggu-gugat, Dong Zong perlu keluar daripada kepompong untuk bersama bertanggungjawab menjaga negara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...