Darahsatriadotcom

Followers

Monday 10 June 2013

Mat Sabu Mula Cari Pasal!

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini.

Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan.

"Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu selepas mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mat Sabu, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju supaya parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini.

Kenyataan itu sekali gus bertentangan dengan pendirian yang disuarakan Harun sebelum ini bahawa Pas tidak menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa.

"Kita memang 'sokmo' (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...