Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 26 June 2013

Parti Bahan Ujikaji!

Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan makmal politik dengan memberi tumpuan terhadap perubahan yang harus dilaksanakan parti itu selaras perubahan landskap politik negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata makmal yang akan dikendalikan bulan depan diberi tempoh tertentu untuk mencadangkan perubahan yang perlu dilakukan BN dalam bentuk struktur, penjenamaan dan dasar. 


Katanya, dengan mengambil kira senario politik semasa dan pencapaian BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), makmal itu dijangka dapat merumuskan langkah yang perlu diambil parti untuk lebih maju pada masa akan datang. 
“Makmal politik mungkin mengambil masa beberapa hari atau seminggu atau mungkin lebih lagi asalkan kesudahan makmal itu dapat membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan BN sama ada perubahan dalam bentuk struktur, penjenamaan atau dasar atau ketiga-tiga sekali. 

“Makmal politik akan disertai semua parti komponen yang akan diawasi Jawatankuasa Pengurusan BN dan pejabat Setiausaha Agung,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini, malam tadi. 

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, selain tiga wakil bagi setiap parti komponen, makmal politik akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan, personaliti, sektor awam dan generasi muda. 

Katanya, pelbagai isu akan dibangkitkan termasuk cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal. 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...