Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 3 July 2013

Anwar Semakin Gelisah!

Pendedahan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Liang Teck Meng berhubung pemilikan akaun Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara mengundang rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang. 

Teck Meng ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, mendakwa WikiLeaks membongkarkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SG$49 juta (RM123 juta). 


Beliau mendakwa, berdasarkan pendedahan WikiLeaks, 20 akaun itu masing-masing di bank Israel, Amerika Syarikat, China dan Singapura yang disertakan maklumat terperinci seperti nama pemegang akaun, nombor pasport, tarikh akaun dibuka serta tarikh matang yang tersebar luas dalam Internet. 


“Apabila saya baca perkara ini, terlintas dalam kepala mana datangnya wang ini. Apa yang didedahkan WikiLeaks ini amat bahaya. Oleh itu, saya minta kerajaan siasat kerana ada akaun berkenaan dibuka di Israel, sedangkan kita tiada sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu,"” katanya. 

Ketika mencelah, Tian Chua (PKR-Batu) dan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) mendesak Teck Meng mengemukakan bukti dan jika gagal berbuat demikian, perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Bagaimanapun, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) lantang mencabar pembangkang supaya mengambil tindakan ke atas WikiLeaks.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...