"Kalau anak saya juga jadi wakil rakyat, habislah saya," kata Adnan secara sinis.
Adnan berkata demikian ketika sesi soal jawab sambil mengucapkan tahniah kepada Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) dan anak perempuannya Leong Yu Man (DAP-Triang) yang menjadi wakil rakyat dan bersidang di dewan yang sama.
Sementara itu, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) ketika membahaskan titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang merasmikan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13, juga mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu yang sama-sama berperanan sebagai pembangkang di DUN Pahang.
Bagaimanapun, Leong melenting kerana diberikan ucapan "tahniah! sambil berkata beliau berasa "sakit hati" dengan ucapan tahniah yang disifatkannya tidak ikhlas itu.
Leong yang gagal ketika cuba mencelah semasa sesi soal jawab itu, bertindak bangun semasa Dr Shukri membahaskan titah ucapan berkenaan apabila beliau (Dr Shukri) turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu.
"Kenapa tahniah? Ikhlas kah? Saya rasa sakit hati, kenapa tidak pertikaikan kepimpinan kerajaan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tun Hussein Onn, anaknya Datuk Seri Hishamuddin Hussein?," katanya.
Dr Shukri berkata cubaan Leong untuk memesongkan perkara itu tidak berasas kerana anak atau menantu pemimpin negara yang disebutnya tidak menjawat sebarang jawatan semasa era kepimpinan mereka.
Leong yang masih tidak berpuas hati terus melenting. Bagaimanapun dia ditenteramkan Speaker DUN yang baharu Datuk Ishak Mohamad dan memintanya bertenang dan membenarkan Dr Shukri meneruskan perbahasannya.
Leong yang masih tidak berpuas hati terus melenting. Bagaimanapun dia ditenteramkan Speaker DUN yang baharu Datuk Ishak Mohamad dan memintanya bertenang dan membenarkan Dr Shukri meneruskan perbahasannya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...